Kelas ICT atas talian – Membuat Resume menggunakan MS Word

25 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober yang lalu, PIK Kg Luak telah mengadakan kelas ICT secara atas talian cara membuat Resume menggunakan MS Word. Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai cara kita boleh gunakan untuk membuat resume seperti penggunaan Canva yang memudahkan kita. Oleh itu, PIK Kg Luak telah mengambil inisiatif untuk mengajar komuniti khususnya kepada lepasan sekolah yang ingin mencari peluang pekerjaan pada masa kini melalui kelas secara atas talian yang bersiaran langsung di “Facebook” PIK Kg Luak. Selain itu, kelebihan untuk kelas secara atas talian, komuniti boleh membuat rujukan secara berterusan dengan mengulang siaran kelas tersebut.

Pemilihan untuk menggunakan MS Word adalah kerana ianya mudah didapati dalam komputer, tidak memerlukan online sepanjang masa ketika membuat resume dan bercirikan mudah difahami dan mempunyai templates resume yang terkini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali